Permohonan Untuk Menghadiri
Majlis Konvokesyen Kali Ke 13
Tahun 2019


Masukkan Nombor KP : Contoh : 820121034321 :: Tanpa Sengkang.
Masukkan No. Pend : Contoh : 04DAD05F3002
    
  Tarikh Tutup Permohonan : 18/07/2019

Makluman Kepada Para Graduan
1. Klik Untuk Tatacara Permohonan Hadir/Tidak Hadir Ke Majlis Konvokesyen.
       Tatacara 1 : Tatacara_Konvokesyen2019.pdf


Sebarang pertanyaan, sila hubungi di talian berikut:
1.   JABATAN HAL EHWAL PELAJAR [ 04-9886204/6206 ]
2.   UNIT PEPERIKSAAN [ 049886388 ]
3.   JABATAN PERDAGANGAN (GERAI JUALAN) [ 049886200 ]

ATAU

Ke Alamat Berikut :
JK PENDAFTARAN GRADUAN
POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN
PAUH PUTRA
02600 ARAU PERLIS
(U/P : JABATAN HAL EHWAL PELAJAR)

ATAU

Melalui Applikasi Whatsapp/Telegram di Talian berikut :
011-65526200
 

FAQ : Soalan Lazim

Soalan-soalan Lazim Konvokesyen

    Proses Penghantaran Borang Jawapan Melalui Applikasi Whatsapps @ Telegram
    • Bagi Permulaan Bicara, Graduan hendaklah memperkenalkan diri anda bagi mengelakkan kesilapan dalam pengesahan kehadiran konvokesyen.
    • Slip pembayaran hendaklah dicatatkan butiran seperti nama penuh dan nombor pendaftaran di bahagian atas sebelah kiri slip pembayaran asal. Slip pembayaran yang di fotokopi tidak akan diterima. Tulisan hendaklah terang, jelas dan mudah dibaca dan berhuruf besar.
    • Slip yang telah lengkap, hendaklah di snap shot dan di simpan dalam format JPEG atau PNG sahaja. Urusetia tidak akan menerima selain daripada format yang dinyatakan.
    • Borang jawapan hadir/ tidak hadir hendaklah dicetak dan dilampirkan ke dalam format PDF untuk dilampirkan ke dalam applikasi yang dinyatakan.
    • Kedua-dua dokumen diatas (Borang Pengesahan Hadir/Tidak Hadir dan Snap Shot Slip Pembayaran Konvo) hendaklah dilampirkan melalui applikasi Whatsap atau Telegram merujuk kepada no talian yang dinyatakan diatas.
    • Bagi graduan yang tidak hadir ke majlis konvokesyen, hendaklah melengkapkan perkara diatas. Sebarang perkara sila berhubung dengan Urusetia atau Unit Penilaian dan Peperiksaan selepas majlis konvokesyen bersidang
    Bayaran Konvokesyen & Alumni
    • Sekiranya saya telah membayar wang yuran pendaftaran Alumni semasa konvokesyen sijil, adakah saya masih perlu membayar yuran alumni semasa konvokesyen diploma?
      Jawapan : Tidak Perlu. Bayaran yuran Alumni hanya perlu dibayar sekali sahaja.

    • Bagaimana cara untuk bank-in yuran konvokesyen melalui ATM (Cash Deposit Machine)?
      Jawapan : Tuan/puan bolehlah merujuk pada panduan Klik Untuk Tatacara Permohonan Untuk Hadir/Tidak Hadir Ke Majlis Konvokesyen

    • Bagaimana sekiranya tersalah bayar akaun lain? (salah nombor akaun).
      Jawapan : Sebelum tuan/puan membuat pembayaran, sila pastikan nombor akaun yang telah dinyatakan sahaja dipilih. Sekiranya masih berlaku kesilapan, sila berurusan dengan pihak bank berkenaan dengan menyertakan salinan resit pembayaran yang telah dibuat.

    • Bagaimana sekiranya terlebih bayar yuran?
      Jawapan : Sila mohon bayaran lebihan tersebut secara bertulis dengan menyertakan salinan asal slip bank-in atau berurusan terus dengan koperasi politeknik.

    • Bagaimana sekiranya bayaran yang dibuat adalah kurang / tidak cukup?
      Jawapan : Bayaran yang dibuat hendaklah tepat dengan nilai yang diminta. Pendaftaran tuan/puan akan dibatalkan. Pastikan pembayaran perlu dijelaskan sebelum tarikh reheasal Majlis Konvokesyen.

    • Berapakah jumlah yuran yang perlu dibayar ?
      Jawapan :
      Hadir/Tidak Hadir : Semua graduan dikenakan Bayaran Konvokesyen, bayarannya adalah RM220.0 bagi yang hadir dan RM220.0 bagi yang tidak hadir. Yuran Alumni sekali seumur hidup adalah sebanyak RM0.0

    • Slip bank-in hilang dalam simpanan
      Jawapan : Sila membuat rayuan secara bertulis kepada urusetia dengan menyatakan butiran berikut : Nama bank, tarikh urusniaga, masa dan Jumlah bayaran.

    • Sebelum ini saya telah membuat bayaran untuk tidak hadir konvo. Bagaimana sekiranya saya ingin menghadiri konvokesyen tersebut di saat-saat akhir?
      Jawapan : Sila buat penambahan yang diperlukan mengikut jumlah yang telah ditetapkan dan poskan semula slip asal pembayaran ke urusetia majlis konvokesyen. Maklumkan juga kepada urusetia Pendaftaran Graduan

  • Jenis Pakaian Yang Sesuai Semasa Majlis Konvokesyen Berlangsung.
    • Apakah pakaian yang sesuai untuk konvo?
      Jawapan : Tuan/puan boleh merujuk kepada tatacara ketika majlis konvokesyen berlangsung dengan tuan/puan login dahulu. Setelah login, terdapat tatacara yang terperinci telah dinyatakan disitu. Harap maklum

  • Kehadiran Ke Majlis Konvokesyen
    • Sekiranya saya menghadapi peperiksaan akhir / tidak dapat menghadirkan diri semasa raptai tetapi masih mahu menghadiri Konvokesyen, adakah saya masih boleh menghadiri konvokesyen tanpa perlu menghadiri raptai?
      Jawapan : Tidak boleh.

    • Sekiranya saya mengambil keputusan di saat-saat akhir untuk menghadiri konvo, dimana saya boleh mengambil jubah (kaunter pengambilan jubah telah ditutup)
      Jawapan : Tuan/puan boleh menghubungi JK Persijilan & Jubah untuk makluman lanjut.

    • Bila saya boleh mula mengambil jubah dan dimana?
      Jawapan : Sila rujuk jadual pengambilan jubah. Jadual jubah boleh dirujuk melalui tatacara ketika majlis konvokesyen

    • Surat panggilan konvo masih tidak diterima atau tidak sampai ke rumah.
      Jawapan : Tuan/puan tidak perlu menunggu surat panggilan tersebut. Tuan/puan boleh memohon untuk menghadirkan diri ke majlis konvokesyen melalui laman web utama .

    • Masalah Daftar Pengesanan Graduan Secara Online. Apabila mengisi halaman kajian pengesanan graduan, saya tidak dapat ke muka surat seterusnya / keluar paparan Maklumat anda tidak dijumpai
      Jawapan : Sila hubungi Jawatan Kuasa Pengesanan Graduan untuk makluman lanjut.

    • Dimana saya boleh mendapatkan tempat penginapan untuk keluarga graduan berdasarkan kadar tertentu?
      Jawapan : Sila hubungi JK Penginapan untuk dimaklumkan tempat-tempat yang dikira strategik dan mudah untuk menghadirkan diri ke majlis konvokesyen.